Friday 18 December 2009

HARGA UNTUK HIDUP

BELANJA HIDUP

Berapakah belanja untuk hidup?

Kalau dibandar adalah lebih kurang berikut:-

Rumah: katakan dah tiada hutang. Kalau ada hutang kena bayar hutang rumah setiap bulan. Kalau sewa bayarlah sewanya setiap bulan. Kereta: juga hutang dah langsai. Kalau ada hutang atau jika beli kereta yang baru kena bayar ansurannya setiap bulan. Letrik: RM100.00 Ini rumah tanpa hawa dingin . Air: RM10.00. (kerana orang Selangor Kerajaan negeri bagi subsidi. Sampai bila tak tahulah). Kalau negeri lain mungkin kena bayar lebih. Telefon: RM100.00 (itu pun kalau tak banyak menggunakannya). Makan: RM800.00 kalau tak ramai tanggungannya. Kalau ramai kena tambah lagi. Kalau makan di warung atau kedai makan kena tambah lagi. Kalau kuat makan kena tambah lagi. Pengangkutan: Minyak kereta RM300.00. Itu pun kalau tak jalan jauh. Dan tak bayar tol. Kalau jalan jauh dan bayar Tol kena tambah lagi perbelanjaannya.

Yang tercatat adalah kos asas hidup yang agak sederhana. Kalau nak hidup mewah kena tambah lagi kosnya. Jumlah minina ialah RM1,610.00.


Parah juga kena belanja RM 1,610.00 setiap bulan. Itu pun perbelanjaan minimal dan untuk perkara yang asas sahaja. Kalau ada ahli keluarga yang besar parah lagi. Kalau ada ahli keluarga yang sama2 membantu membayarkan perbelanjaan tersebut mungkin tekanannya akan berkurangan.

Inikah yang menyebabkan ramai yang terpaksalah mencari kerja tambahan untuk menyara hidup. Inilah juga terjadi kepada kebanyan mereka yang baru bersara. Dengan pengalaman dan tenaga yang masih kuat tak bagitu susah untuk mendapatkan kerja. Atau berniagalah mereka dengan modal yang ada. Jangan joli cukuplah.

Itulah pentingnya pengalaman dan pelajaran/ilmu. Tak akan menjadi batu. Ianya akan sentiasa asil menjadi sabut yang sentisa timbul.

Suasana di kampong lain sedikit kerana banyak punca untuk terus hidup yang boleh diperolehi. Harga getah dah mahal bolehlah menoreh. Tetapi kena ada skill juga. Menoreh ini adalah satu seni. Salah toreh rosak masa depan kerana pokok getah akan punah dan kekurangan hasil susunya.

Atau dikampong boleh bertani.

Yang bagusnya di kampong kita tak perlu banyak menggunakan wang. Kira2nya makan percuma setiap hari kerana makanan boleh dihasilkan sendiri. Itu pun kalau kita rajin. Kalau tak rajin warung makan dah pun banyak dimerata2. Capai kunci motor sampailah ke gerai makanan.

Dan kalau bernasib baik orang lain belanja kita. Dan kalau banyak duit kita boleh belanja orang lain dan dapat pahalanya, jika iklas. Kalau kita makan belanja orang lain pun kita dapat pahala jika betul caranya.

Kos untuk hidup memang telah meningkat. Dan akan terus meningkat. Mungkin ini akibat kita yang mahu menjadi negara maju. Dan untuk itu kita terpaksa bekerja kuat untuk membuat persedian untuk maju.

Negara maju perlukan rakyatnya yang berilmu dan berpengalaman. Jadi bersedialah. Dan latihkan anak cucu kita untuk bersedia supaya tidak ketingallan merana dalam kemiskinan hidup. Mereka anak cucu kita kuat semangatnya dan banyak keupayaannya. Hanya yang perlu ialah bimbingan, kawalan, galakkan dan cabaran yang terurus.

Zaman dulu tak susah sangat cabarannya. Gaji RM200.00 dah cukup untuk hidup. Semasa sya mela bekerja dulu gajinya ialah RM175.00. Tambang harian untuk pergi kerja ialah RM1.20 sen dan makan tengah hari 0.50 sen. Sekarang mana nak dapat?

Kemudian bila saya dapat kerja lain gajinya RM310.00 sebulan. Cukup untuk hidup dan boleh menyara adik saya dan menyimpan pula sikit2. Sekarang mana boleh. Kemudian tukar kerja lain, naik gajinya lagi.

Sekarang dah bersara tanpa gaji dan pencen. Nasib baik ada wang KWSP dan anak2 dah besar dan bekerja. Hutang rumah pun dah langsai.

Jika kita berjimat perbelanjaan untuk hidup dapat kita kurangkan lagi. Misalnya: janganlah gunakan handset yang mahal2. Gunakan prepaid yang dengan kos RM30.00 boleh tahan tiga bulan, sebulan boleh buat panggilan keluar dan baki dua bulan hanya boleh menerima panggilan yang masuk sahaja. Nak panggil keluar boleh gunakan telefon biasa di rumah.

Nak jimat lagi kongsi nilai prepaid dengan anak2 kalau kita tak banyak membuat panggilan keluar.

Kemudian gunakan motor untuk perjalanan yang dekat. Jangan guna kereta. Saya pun dah tak ada kereta. Banyak yang boleh dijimatkan. Apa susahnya bukankah bas ada. Kalau perlu pinjamlah kereta anak!

Banyak lagi cara menjimatkan perbelanjaan kita. Asalkan kita tak membazir itulah cara kita berjimat.