Friday 18 December 2009

HARGA UNTUK HIDUP

BELANJA HIDUP

Berapakah belanja untuk hidup?

Kalau dibandar adalah lebih kurang berikut:-

Rumah: katakan dah tiada hutang. Kalau ada hutang kena bayar hutang rumah setiap bulan. Kalau sewa bayarlah sewanya setiap bulan. Kereta: juga hutang dah langsai. Kalau ada hutang atau jika beli kereta yang baru kena bayar ansurannya setiap bulan. Letrik: RM100.00 Ini rumah tanpa hawa dingin . Air: RM10.00. (kerana orang Selangor Kerajaan negeri bagi subsidi. Sampai bila tak tahulah). Kalau negeri lain mungkin kena bayar lebih. Telefon: RM100.00 (itu pun kalau tak banyak menggunakannya). Makan: RM800.00 kalau tak ramai tanggungannya. Kalau ramai kena tambah lagi. Kalau makan di warung atau kedai makan kena tambah lagi. Kalau kuat makan kena tambah lagi. Pengangkutan: Minyak kereta RM300.00. Itu pun kalau tak jalan jauh. Dan tak bayar tol. Kalau jalan jauh dan bayar Tol kena tambah lagi perbelanjaannya.

Yang tercatat adalah kos asas hidup yang agak sederhana. Kalau nak hidup mewah kena tambah lagi kosnya. Jumlah minina ialah RM1,610.00.


Parah juga kena belanja RM 1,610.00 setiap bulan. Itu pun perbelanjaan minimal dan untuk perkara yang asas sahaja. Kalau ada ahli keluarga yang besar parah lagi. Kalau ada ahli keluarga yang sama2 membantu membayarkan perbelanjaan tersebut mungkin tekanannya akan berkurangan.

Inikah yang menyebabkan ramai yang terpaksalah mencari kerja tambahan untuk menyara hidup. Inilah juga terjadi kepada kebanyan mereka yang baru bersara. Dengan pengalaman dan tenaga yang masih kuat tak bagitu susah untuk mendapatkan kerja. Atau berniagalah mereka dengan modal yang ada. Jangan joli cukuplah.

Itulah pentingnya pengalaman dan pelajaran/ilmu. Tak akan menjadi batu. Ianya akan sentiasa asil menjadi sabut yang sentisa timbul.

Suasana di kampong lain sedikit kerana banyak punca untuk terus hidup yang boleh diperolehi. Harga getah dah mahal bolehlah menoreh. Tetapi kena ada skill juga. Menoreh ini adalah satu seni. Salah toreh rosak masa depan kerana pokok getah akan punah dan kekurangan hasil susunya.

Atau dikampong boleh bertani.

Yang bagusnya di kampong kita tak perlu banyak menggunakan wang. Kira2nya makan percuma setiap hari kerana makanan boleh dihasilkan sendiri. Itu pun kalau kita rajin. Kalau tak rajin warung makan dah pun banyak dimerata2. Capai kunci motor sampailah ke gerai makanan.

Dan kalau bernasib baik orang lain belanja kita. Dan kalau banyak duit kita boleh belanja orang lain dan dapat pahalanya, jika iklas. Kalau kita makan belanja orang lain pun kita dapat pahala jika betul caranya.

Kos untuk hidup memang telah meningkat. Dan akan terus meningkat. Mungkin ini akibat kita yang mahu menjadi negara maju. Dan untuk itu kita terpaksa bekerja kuat untuk membuat persedian untuk maju.

Negara maju perlukan rakyatnya yang berilmu dan berpengalaman. Jadi bersedialah. Dan latihkan anak cucu kita untuk bersedia supaya tidak ketingallan merana dalam kemiskinan hidup. Mereka anak cucu kita kuat semangatnya dan banyak keupayaannya. Hanya yang perlu ialah bimbingan, kawalan, galakkan dan cabaran yang terurus.

Zaman dulu tak susah sangat cabarannya. Gaji RM200.00 dah cukup untuk hidup. Semasa sya mela bekerja dulu gajinya ialah RM175.00. Tambang harian untuk pergi kerja ialah RM1.20 sen dan makan tengah hari 0.50 sen. Sekarang mana nak dapat?

Kemudian bila saya dapat kerja lain gajinya RM310.00 sebulan. Cukup untuk hidup dan boleh menyara adik saya dan menyimpan pula sikit2. Sekarang mana boleh. Kemudian tukar kerja lain, naik gajinya lagi.

Sekarang dah bersara tanpa gaji dan pencen. Nasib baik ada wang KWSP dan anak2 dah besar dan bekerja. Hutang rumah pun dah langsai.

Jika kita berjimat perbelanjaan untuk hidup dapat kita kurangkan lagi. Misalnya: janganlah gunakan handset yang mahal2. Gunakan prepaid yang dengan kos RM30.00 boleh tahan tiga bulan, sebulan boleh buat panggilan keluar dan baki dua bulan hanya boleh menerima panggilan yang masuk sahaja. Nak panggil keluar boleh gunakan telefon biasa di rumah.

Nak jimat lagi kongsi nilai prepaid dengan anak2 kalau kita tak banyak membuat panggilan keluar.

Kemudian gunakan motor untuk perjalanan yang dekat. Jangan guna kereta. Saya pun dah tak ada kereta. Banyak yang boleh dijimatkan. Apa susahnya bukankah bas ada. Kalau perlu pinjamlah kereta anak!

Banyak lagi cara menjimatkan perbelanjaan kita. Asalkan kita tak membazir itulah cara kita berjimat.



Wednesday 24 June 2009

SEJARAH KEWANGAN

Sebuah institusi atau entiti yang ada menggunakan wang perlu merekodkan segala urusan masuk-keluar wangnya supaya sejarah kewangannya dapat diketahui dan disimpan untuk rujukan di masa hadapan.

Tidak ada institusi di dunia ini yang tak terlibat langsung dengan wang kerana mereka perlu wang untuk menjalankan kegiatan mereka terutamanya contohnya membayar perkhidmatan letrik, telefon dan bekalan air di pejabat mereka. Institusi yang sederhana besarnya perlu wang untuk membayar gaji dan kos bangunan pejabatnya.

Dengan itu mereka tak dapat lari dari menggunakan wang dan menguruskan kewangan mereka.

Sebahagian dari pengurusan kewangan ialah menulis sejarah kewangan. Segala kegiatan kewangan institusi tersebut perlu dicatat sejarahnya. Sekurang-kurangnya perlu dicatat sejarah dari mana dana diperolihi dan ke mana dana tersebut digunakan.

Penulisan sejarah tersebut boleh dibuat dengan cara merekodkan punca dari mana wang dana diperolihi dan ke mana digunakan dengan jadual berikut:

Yang perlu dicatat ialah tarikh wang diperolihi atau digunakan dan punca wang itu diperolihi atau ke mana (untuk apa) wang dana tersebut digunakan. Juga akan dicatat baki wang dana yang tinggal dan lain2 catatan yang dirasakan perlu dicatatkan saperti nombor baucer atau nombor resit yang dikeluarkan.

Jadual ini merupakan catatan asas bagi merekodkan sejarah kewangan. Jika semua kegiatan masuk-keluar wang dicatat dalam jadual ini maka mudahlah nanti untuk institusi terlibat menyediakan sejarah kewangannya yang sangat berguna untuknya merancang masa depan kewangannya dan bagi tujuan pentadbiran cukai dan pengurusan yang terlibat dengan kerajaan saperti penyediaan akaun yang di audit dan untuk bahan rujukan pelabur dan pemegang saham.

Jadual di atas adalah jadual asas yang mencatatkan urusan atau sejarah kewangan. Ianya hanya memcerita apa yang berlaku kepada sejarah institusi tersebut.

Jadual ini boleh dikembangkan supaya ianya lebih menarik ceritanya dan lebih berguna kepada pembacanya.


Katakanlah kita sedang membincangkan kegiatan kewangan sebuah masjid atau surau.

Dana yang diperolihi oleh masjid biasanya ialah wang derma dari orang ramai. Bagi yang mempunyai harta saperti rumah atau kedai sewa maka ianya akan menerima masuk wang sewa. Yang ada perniagaan maka unyung perniagaan akan menjadi punca dananya.

Perbelanjaannya pula termasuklah kos utiliti saperti kos letrik, telefon dan bekalan air. Lain2 bayaran perbelanjaan mungkin gaji kakitangan dan pekerjnya dan kos penyelegaraan masjid. Jika ia menjadualkan kelas agama maka kos bayaran guru termasuk ke dalam perbelanjaannya.

Hasil keperbagaian sumber dana dan kegunaan dana, maka adalah perlu kita nak tahu berapakah perbelanjaan letrik untuk satu bulan, berapakah bayaran kepada ustaz yang mengajar untuk sebulan, berapakah pendapatan sewa sebulan, berapakan hasil kutipan hari jumaat dan lain-lain derma yang diterima, jika mengendalikan kereta jenazah berapakah hasil yang diterimanya untuk sebulan, dan lain-lain lagi.

Bagi memudahkan kiraan jumlah hasil dan perbelanjaan tersebut perlulah jadual di atas dikembangkan untuk ianya mampu menyediakan apa yang kita perlukan itu. Caranya ialah dengan menambahkan satu ruangan pada jadual tersebut, saperti berikut:

Jadual ini samalah saperti yang terdapat pada rajah pertama di atas. Bezanya ialah terdapat satu ruangan tambahan yang digunakan untuk merekodkan jenis akaun yang ada berkaitan dengan kemasukan atau pengeluaran wang tersebut.

Bagi sebuah masjid jenis akaunnya taklah banyak termasuklah akaun-akaun saperti berikut:

Utiliti (api, air, telefon), gaji dan elaun, pendapatan sewa, Derma Orang Ramai, Bayaran Guru/Ustaz, Perbelanjaan Pejabat, dll
..



Di bawa ini satu contoh catatan sejarah kewangan sebuah Surau. Jadualnya dikembangkan lagi supaya baki setiap akaun dapat dilihat serta merta apabila data dikemaskinikan.











Bersambun . . . . .


Tuesday 9 June 2009

CATATAN KEWANGAN

CATATAN KEWANGAN


Kegiatan manusia perlu dicatat. Jika ianya tidak dicatat di atas kertas atau media lain ianya pasti akan dicatat oleh otak kita dan disimpan oleh otak kita.


Catatan yang dibuat oleh otak kita adalah catatan semula jadi pemberian Allah. Otak kita mencatat segala yang kita lihat atau dengar atau yang kita mengalami melalui pancaindra kita.


Kegiatan kewangan kita juga perlu dicatat. Dibuat secara semula jadi oleh otak kita atau secara sengaja buat oleh tindakan kita. Yang dibuat secara sengaja buat ini sangat menarik kerana tak semua manusia suka berbuat demikian. Bagi kebanyakan manusia ianya tak memberi faedah yang menguntungkan dan hanya membuang masa.


Kegiatan kewangan adalah segala kegiatan yang ada sangkut paut dengan wang kita. Bekerja dan menerima gaji atas kerja tersebut adalah satu contoh kegiatan kewangan. Tak kiralah kerja apa asalkan ianya mendatangkan pendapatan (wang). Menggunakan wang untuk membeli barangan dan perkhidmatan adalah juga kegiatan kewangan.


Bagi kebanyakan manusia kegiatan kewangan ini tak perlu mereka catatkan. Yang perlu bagi mereka ialah mendapatkan wang dan kemudiannya menggunakannya. Kalau ada lebihan ianya disimpan untuk masa akan datang. Kalau tak cukup mereka berhutang, misalnya.


Tapi mereka tak perasan yang segala kegiatan kewangan mereka direkod atau dicatat oleh pehak yang berurusan dengan mereka. Misalnya apabila mereka menerima gaji majikan mereka akan mengeluarkan slip gaji (selalunya ada dikeluarkan). Jika tak ada slip gaji majikan pasti ada catatan tentang bayaran gaji tersebut. Sekurang2nya rekod ini dapat digunakan untuk tujuan semakan di masa hadapan atau perakaunan syarikat atau tujuan kiraan cukai perniagaan atau sebagainya.


Apabila kita membeli barangan adalah menjadi kebiasaan sekarang ini kita akan diberi satu cetakan resit atas pembelian tersebut. Mungkin pada kita resit tersebut tak ada faedahnya pada kita. Tetapi pada pehak penjual ianya adalah berguna.


Tambah pula dengan sistem yang canggih pada masa ini cetakan resit boleh menghasilkan rekod jualan harian secara otomatik. Penjual tak perlu lagi membuat pengiraan hasil jualan hariannya lagi. Segalanya akan dikira oleh sistem. Penjual hanya perlu mengemaskinikan segala urusniaganya untuk mengetahui hasil jualannya.


Ada manusia yang sangat rajin mencatat segala pendapatannya dan segala perbelanjaannya. Mereka inilah manusia yang bijak merancang kehidupannya. Tujuannya mencatat segala pendapatan dan perbelanjaannya ialah supaya ia akan tahu status kewangannya dan dapat merancang masa depannya. Lebih elok lagi jika mereka berupaya membuat belanjawan peribadi mereka dan dengan itu dapat menggunakan hasil pendapatan mereka secara terkawal dan dengan hemah.


Biasanya orang sebeginilah yang selalu dapat menyimpan wang atau yang banyak menambahkan aset harta mereka dan dengan itu dapat menjalani penghidupan yang selesa tanpa apa2 bebanan atau kesulitan kewangan.



Sunday 7 June 2009

CATATAN HARIAN

CATATAN HARIAN KITA


Adakah anda tahu bahawa segala kegiatan harian anda dicatat oleh anda sendiri dan dicatat oleh pehak ketiga yang anda sendiri kadangkala tak perasan.


Kita, manusia mencatat segala kegiatan harian kita di dalam otak kita. Segala peristiwa yang kita lihat melalui mata, dengar dengan telinga dan mengalaminya melalui lain-lain pancaindra kita akan catat dan simpan dalam otak kita. Kalau ianya tak dicatat bagaimana pula kita boleh mengeluarkan data mengenai peristiwa tersebut atau bagaimanakah kita boleh ingat apa yang berlaku sehubungan dengan peristiwa tersebut. Otak menjadi alat asas bagi kita untuk mencatat dan menyimpan (dan kemudiannya mengeluarkan) segala peristiwa yang berlaku pada kita.


Segala peristiwa dan pengalaman masa lepas dicatatkan dan disimpan oleh otak kita untuk kita gunakan ketika diperlukan.


Contoh: Kalau pagi tadi kita makan durian, peristiwa memakan durian tersebut akan dicatat dan disimpan oleh otak kita. Bila ditanya apa yang kita makan pagi tadi, otak kita akan mencari catatan tentang apa yang kita makan pagi tadi i.i. makan durian, dan otak kita akan mengarahkan mulut kita supaya menjawab soalan tersebut dengan menyatakan kita makan durian. Jika perlu lain-lain data mengenai peristiwa tersebut boleh dikeluarkan oleh otak kita untuk disebut oleh mulut kita. Proses mendapatkan data berlaku sangat pantas, kecualilah jika kita seorang pelupa atau yang lambat atau susah nak ingat. Atau otak lembap.


Kalau ianya tak dicatat dan disimpan oleh otak kita bagaimanakah kita boleh ingat dan boleh bercerita tentangnya.


Ada satu pehak lagi yang mencatat segala kegiatan harian kita. Pehak tersebut adalah dua malaikat yang ditugaskan untuk mencatat segala perbuatan baik dan perbuatan jahat kita. Catatan ini akan hanya dibentangkan ketika kita menerima buku amalan kita di Padang Mahsyar nanti.


Terdapat juga beberapa pehak lagi yang mencatat kegiatan harian kita. Ini termasuklah kamera litar tertutup yang dipasang di merata tempat (sekarang ini), termasuklah di lebuh raya yang akan merekodkan kelajuan kenderaan yang kita pandu dan kalau ianya melebihi had laju yang dibenarkan surat saman akan dikeluarkan kepada pemilik kenderaan tersebut.


Di bank atau bangunan canggih terdapat banyak kamera litar tutup ini. Tujuannya untuk merekod segala peristiwa yang berlaku di kawasan yang ianya dipasang.


Manusia lain yang berurusan dengan kita juga mencatat kegiatan harian kita. Tapi catatan mereka hanyalah yang berhubungkait dengan mereka dan yang mereka lihat atau dengar. Mereka mencatat dan menyimpannya dalam otak mereka. Dan jika mereka tulis peristiwa tersebut maka catatan tersebut dipaparkan pula di atas kertas atau media tertentu (kamera, computer, tape).


Inilah kompleksnya kehidupan kita. Segalanya dicatat dan disimpan untuk rujukan masa depan. Ini adalah sebahagian kecil kegiatan “mencatat peristiwa” yang kita alami. Banyak lagi catatan peristiwa yang akan dibentangkan dalam blog ini nanti.


Sehingga itu Selamat Maju Jaya. . . . . .



Saturday 6 June 2009

MENCATAT SEJARAH

Segala kegiatan harian kita perlu kita catatkan.

Kita sebagai manusia sentiasa mencatat kegiatannya hidup hariannya sama ada kita perasan atau tidak. Ini adalah kerana telah menjadi sunatullah yang manusia berbuat demikian. Kalau ia tidak berbuat demikian maka ia dikirakan telah mati atau dah gila, kerana manusia yang gila atau mati yang tidak berbuat demikian.

Kita mencatat kegiatan harian kita dengan menggunakan komputer yang terdapat di kepala kita. Komputer ini kita namakan otak. Dengan berbagai program (software) kurnian Allah kita boleh menyimpan berbagai rekod dalam otak kita. Otak kitalah yang berperanan merekod dan menyimpan segala fail catatan kegiatan harian kita.

Apabila diperlukan otak kita akan mengeluarkan segala data yang disimpannya untuk kegunaan kita.

Contoh:
Jika ditanya dimana kita pergi pagi semalam?

Dengan spontan otak kita akan memproses data yang ada
padanya dan mengeluarkan data yang diperlukan. Dan otak kita akan mengarah mulut kita untuk memberikan jawapan berdasarkan kepada data yang ada. Kecualilah jika otak kita di arahkan oleh nafsu atau hati kita untuk berbohong. Maka jawapannya akan berdasarkan kepada bukan kepada data yang ada dalam otak kita tapi berdasarkan kepada nafsu atau hati kita. Atau berdasarkan kepada bisikan yang kita namakan bisikan syaitan.

Jika perlu pula otak kita akan mengarahkan tangan kita untuk menulis jawapan bagi soalan tadi. Jadi jawapannya boleh dituturkan oleh mulut kita atau dicatat pada kertas menggunakan tangan kita. Begitu halus dan kompleksnya kerja Allah.

Mencatat kegiatan harian kita dengan menggunakan komputer (otak) kita ada juga kelamahannya. Kelemahan utamanya ialah sifat manusia yang boleh terlupa. Mungkin di dalam otak kita ada kuman yang dapat menghilangkan data yang ada di dalamnya. Bila data tersebut hilang maka kita pun terlupalah kerana otak kita tak dapat memproses data tersebut.

Ahli Sains menyatakan bahawa kita lupa sebab sel otak di mana data yang disimpannya dah mati atau luput.

Bagi mengelakkan kita lupa maka kita merekodkan kegiatan harian kita (yang dianggap penting) dalam buku catatan harian supaya kita boleh merujuk kepada catatan tersebut apabila perlu. Dan kalau kita tak ada masa atau malas nak catatkan maka kita gajikan seorang Setiausaha untuk merekodnya. Sekarang ini pula kita masukkan rekod tersebut dalam komputer peribadi kita atau dalan hand set kita.



.






.