Saturday 6 June 2009

MENCATAT SEJARAH

Segala kegiatan harian kita perlu kita catatkan.

Kita sebagai manusia sentiasa mencatat kegiatannya hidup hariannya sama ada kita perasan atau tidak. Ini adalah kerana telah menjadi sunatullah yang manusia berbuat demikian. Kalau ia tidak berbuat demikian maka ia dikirakan telah mati atau dah gila, kerana manusia yang gila atau mati yang tidak berbuat demikian.

Kita mencatat kegiatan harian kita dengan menggunakan komputer yang terdapat di kepala kita. Komputer ini kita namakan otak. Dengan berbagai program (software) kurnian Allah kita boleh menyimpan berbagai rekod dalam otak kita. Otak kitalah yang berperanan merekod dan menyimpan segala fail catatan kegiatan harian kita.

Apabila diperlukan otak kita akan mengeluarkan segala data yang disimpannya untuk kegunaan kita.

Contoh:
Jika ditanya dimana kita pergi pagi semalam?

Dengan spontan otak kita akan memproses data yang ada
padanya dan mengeluarkan data yang diperlukan. Dan otak kita akan mengarah mulut kita untuk memberikan jawapan berdasarkan kepada data yang ada. Kecualilah jika otak kita di arahkan oleh nafsu atau hati kita untuk berbohong. Maka jawapannya akan berdasarkan kepada bukan kepada data yang ada dalam otak kita tapi berdasarkan kepada nafsu atau hati kita. Atau berdasarkan kepada bisikan yang kita namakan bisikan syaitan.

Jika perlu pula otak kita akan mengarahkan tangan kita untuk menulis jawapan bagi soalan tadi. Jadi jawapannya boleh dituturkan oleh mulut kita atau dicatat pada kertas menggunakan tangan kita. Begitu halus dan kompleksnya kerja Allah.

Mencatat kegiatan harian kita dengan menggunakan komputer (otak) kita ada juga kelamahannya. Kelemahan utamanya ialah sifat manusia yang boleh terlupa. Mungkin di dalam otak kita ada kuman yang dapat menghilangkan data yang ada di dalamnya. Bila data tersebut hilang maka kita pun terlupalah kerana otak kita tak dapat memproses data tersebut.

Ahli Sains menyatakan bahawa kita lupa sebab sel otak di mana data yang disimpannya dah mati atau luput.

Bagi mengelakkan kita lupa maka kita merekodkan kegiatan harian kita (yang dianggap penting) dalam buku catatan harian supaya kita boleh merujuk kepada catatan tersebut apabila perlu. Dan kalau kita tak ada masa atau malas nak catatkan maka kita gajikan seorang Setiausaha untuk merekodnya. Sekarang ini pula kita masukkan rekod tersebut dalam komputer peribadi kita atau dalan hand set kita.



.






.

No comments:

Post a Comment