Sunday 7 June 2009

CATATAN HARIAN

CATATAN HARIAN KITA


Adakah anda tahu bahawa segala kegiatan harian anda dicatat oleh anda sendiri dan dicatat oleh pehak ketiga yang anda sendiri kadangkala tak perasan.


Kita, manusia mencatat segala kegiatan harian kita di dalam otak kita. Segala peristiwa yang kita lihat melalui mata, dengar dengan telinga dan mengalaminya melalui lain-lain pancaindra kita akan catat dan simpan dalam otak kita. Kalau ianya tak dicatat bagaimana pula kita boleh mengeluarkan data mengenai peristiwa tersebut atau bagaimanakah kita boleh ingat apa yang berlaku sehubungan dengan peristiwa tersebut. Otak menjadi alat asas bagi kita untuk mencatat dan menyimpan (dan kemudiannya mengeluarkan) segala peristiwa yang berlaku pada kita.


Segala peristiwa dan pengalaman masa lepas dicatatkan dan disimpan oleh otak kita untuk kita gunakan ketika diperlukan.


Contoh: Kalau pagi tadi kita makan durian, peristiwa memakan durian tersebut akan dicatat dan disimpan oleh otak kita. Bila ditanya apa yang kita makan pagi tadi, otak kita akan mencari catatan tentang apa yang kita makan pagi tadi i.i. makan durian, dan otak kita akan mengarahkan mulut kita supaya menjawab soalan tersebut dengan menyatakan kita makan durian. Jika perlu lain-lain data mengenai peristiwa tersebut boleh dikeluarkan oleh otak kita untuk disebut oleh mulut kita. Proses mendapatkan data berlaku sangat pantas, kecualilah jika kita seorang pelupa atau yang lambat atau susah nak ingat. Atau otak lembap.


Kalau ianya tak dicatat dan disimpan oleh otak kita bagaimanakah kita boleh ingat dan boleh bercerita tentangnya.


Ada satu pehak lagi yang mencatat segala kegiatan harian kita. Pehak tersebut adalah dua malaikat yang ditugaskan untuk mencatat segala perbuatan baik dan perbuatan jahat kita. Catatan ini akan hanya dibentangkan ketika kita menerima buku amalan kita di Padang Mahsyar nanti.


Terdapat juga beberapa pehak lagi yang mencatat kegiatan harian kita. Ini termasuklah kamera litar tertutup yang dipasang di merata tempat (sekarang ini), termasuklah di lebuh raya yang akan merekodkan kelajuan kenderaan yang kita pandu dan kalau ianya melebihi had laju yang dibenarkan surat saman akan dikeluarkan kepada pemilik kenderaan tersebut.


Di bank atau bangunan canggih terdapat banyak kamera litar tutup ini. Tujuannya untuk merekod segala peristiwa yang berlaku di kawasan yang ianya dipasang.


Manusia lain yang berurusan dengan kita juga mencatat kegiatan harian kita. Tapi catatan mereka hanyalah yang berhubungkait dengan mereka dan yang mereka lihat atau dengar. Mereka mencatat dan menyimpannya dalam otak mereka. Dan jika mereka tulis peristiwa tersebut maka catatan tersebut dipaparkan pula di atas kertas atau media tertentu (kamera, computer, tape).


Inilah kompleksnya kehidupan kita. Segalanya dicatat dan disimpan untuk rujukan masa depan. Ini adalah sebahagian kecil kegiatan “mencatat peristiwa” yang kita alami. Banyak lagi catatan peristiwa yang akan dibentangkan dalam blog ini nanti.


Sehingga itu Selamat Maju Jaya. . . . . .



No comments:

Post a Comment